Mekanisme Pelaksanaan Plkn

Wednesday 1 December 2010

MEKANISME PELAKSANAAN PLKN
6.

6.1 PLKN, Akta Latihan Khidmat Negara telah digubal, Majlis Latihan Khidmat Negara dan Jabatan Latihan Khidmat Negara ditubuhkan.

Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628)
6.2 Akta Latihan Khidmat Negara (ALKN) 2003 di luluskan oleh Parlimen dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong pada 29 Julai 2003. Pada 7 Ogos 2003 Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628) diwartakan. Akta ini adalah bertujuan untuk melicinkan lagi pelaksanaan PLKN di mana ianya merangkumi proklamasi pemilihan pelatih, pengecualian dan penangguhan, penubuhan Majlis Latihan Khidmat Negara dan Jabatan Latihan Khidmat Negara, cuti, perlantikan jurulatih dan hukuman / penalti.

Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN)
6.3 MLKN yang ditubuhkan di bawah Seksyen 5 Akta Latihan Khidmat Negara adalah berfungsi untuk:
(i) Melaksanakan fungsi yang diberikan oleh atau di bawah Akta dan sebagai penasihat kepada Menteri mengenai perkara yang berkaitan dengan latihan khidmat negara; dan
Bagi mencapai objektif-objektif PLKN selaras dengan konsep dan falsafah
8(ii) Melaksanakan dan menguatkuasakan arahan Menteri selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
6.4 JLKN diletakkan di bawah Kementerian Pertahanan adalah sebagai agensi pelaksana dan mempunyai pelbagai fungsi seperti berikut:
(i) Menggubal dasar dan peraturan mengenai pelaksanaan; Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan;
(ii) Merancang dan menyelaras keperluan guna tenaga kerja, infrastruktur, kemudahan, peralatan dan kelengkapan latihan;
(iii) Membangunkan dan menyelenggara sistem maklumat serta menyimpan rekod-rekod mengenai peserta, jurulatih, staf pengurusan dan sokongan;
(iv) Merancang, menyelaras dan melaksanakan program latihan untuk jurulatih serta menguruskan penempatan mereka di kem-kem
latihan; dan 
(v) Mengkaji dan menilai keberkesanan pelaksanaan PLKN dan
menggunakan maklumbalas untuk penambahbaikan.

0 comments

Post a Comment