Cabaran Luar Dan Dalam Negara

Wednesday 1 December 2010

CABARAN LUAR DAN DALAM NEGARA

1.Di dalam merealisasikan Wawasan 2020, Malaysia juga berdepan dengan pelbagai cabaran samada di dalam negara mahu pun di luar negara. Terlalu banyak perubahan yang berlaku baik yang berlaku di dalam negara mahu pun di luar negara yang menyulitkan usaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

Cabaran Luar Negara

3.2 Dalam era abad ke 21, banyak perubahan-perubahan yang berlaku di dunia telah memberi kesan secara langsung kepada negara sedang membangun termasuk Malaysia berbanding dengan suasana di abad-abad yang lalu di mana jarang sekali perubahan yang berlaku memberi kesan langsung kepada negara sedang membangun.

3.3 Globalisasi merupakan satu fenomena baru yang dikaitkan dengan liberalisasi perdagangan dan integrasi ekonomi dunia, pengaliran maklumat, perubahan teknologi, transformasi dalam kebudayaan, mobilisasi tenaga kerja, pergerakan modal dan pelaburan telah memberi kesan positif dan negatif kepada
3Malaysia dan negara-negara lain. Globalisasi memberi kesan kepada kedaulatan negara, ekonomi negara, peranan ICT negara, perdagangan antarabangsa dan kewangan, peranan rakyat dan kerajaan, keselamatan negara, sosio-budaya dan lain-lain.

3.4 Globalisasi sebenarnya ëtidak mesraí kepada sesebuah negara. Pertama, penganjur globalisasi menghalang mana-mana kerajaan mencampuri urusan pasaran bebas, kerana kononnya pasaran bebas yang sepatutnya menentukan segala-galanya dan bukan kerajaan. Kedua, gobalisasi tidak mengambil kira sama ada sesebuah negara itu kaya ataupun miskin, maka negara-negara yang membangun dan miskin yang tidak dibenarkan mendapat bantuan kerajaan akan merana.

3.5 Globalisasi adalah satu realiti, yang memerlukan pemahaman akan kesan dan akibatnya. Penguasaan ilmu dan kemahiran yang tinggi termasuk ësoft skillsí, ëcompetitive skillsí dan ëhard skillsí, menguasai teknologi baru, memperluaskan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengkhususan (specialization) supaya ada niche, mempertingkatkan kualiti dan inovasi merupakan elemen penting yang perlu dimiliki dan dikuasai oleh rakyat sesebuah negara dalam menghadapi gelombang globalisasi.
Cabaran Dalam Negara

3.6 Walaupun setelah 49 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, namun masih terdapat banyak isu dan masalah yang perlu dihadapi. Isu perpaduan kaum dan integrasi nasional masih belum selesai, jatidiri sebagai bangsa Malaysia, semangat patriotisme juga masih dipersoalkan, semangat kesukarelaan yang rendah lebih-lebih lagi di kalangan golongan muda untuk menabur bakti kepada masyarakat, masalah kemiskinan dan jurang ekonomi antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera, tahap pencapaian akademik yang rendah lebih-lebih lagi di dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan,

pengangguran di kalangan graduan, graduan yang tidak ëmarketableí, graduan yang tidak mempunyai ësoft skillsí, ëcompetitive skillsí dan juga ëhard skillsí, masalah sosial termasuklah tingkahlaku, anti-sosial, gejala penyalahgunaan dadah, pelanggaran undang-undang, aktiviti militan dan sebagainya. Hampir kesemua isu dan permasalahan yang dihadapi ini merupakan ëramuaní penting sebagai ësenjataí bagi menghadapi cabaran globalisasi.

0 comments

Post a Comment