Sistem Pemilihan Peserta Plkn

Wednesday 1 December 2010

9. SISTEM PEMILIHAN PESERTA PLKN
9.1 Pemilihan pelatih - pelatih untuk mengikuti PLKN adalah dibuat secara rawak melalui komputer. Proses pemilihan dibuat dengan menggunakan kaedah Selective Technique Withiout Replacement (STWR). Kaedah ini bermaksud, apabila nama seseorang calon pelatih terpilih, nama beliau akan terus dimasukkan k edalam kumpulan tetentu mengikut kriteria yang ditetapkan dan tidak akan diganti dengan nama calon pelatih lain.

9.2 Bilangan pelatih yang dipilih secara rawak mengikut kumpulan sejak tahun 2004 sehingga 2006 adalah seperti berikut:
(i) Pada tahun 2004, terdapat 490,000 orang belia yang layak kerana dilahirkan pada tahun 1986, tetapi hanya 85,000 orang sahaja yang terpilih untuk PLKN Siri 1/2004.
(ii) Bagi PLKN Siri 2/2005 pula, hampir 500,000 orang yang layak, iaitu mereka yang dilahirkan pada tahun 1987 tetapi hanya 85,000 sahaja yang terpilih.
(iii) Peserta PLKN bagi Siri 3/2006 telah bertambah kepada 95,000 orang Seramai 100,000 orang yang dilahirkan pada tahun 1989 telah terpilih untuk mengikuti PLKN Siri 4/2007.
179.3 Sejak program ini dilaksanakan sehingga tahun 2006 sejumlah 194,725 pelatih telah berjaya menamatkan latihan masing-masing. Bekas-bekas pelatih kebanyakannya meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi termasuklah memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam atau swasta.

0 comments

Post a Comment