Penilaian Objektif Plkn

Wednesday 1 December 2010

10. PENILAIAN OBJEKTIF PLKN
10.1 Berasaskan kajian penilaian ke atas pelatih-pelatih yang dijalankan bagi setiap kumpulan mendapati purata skor adalah melebihi 85 peratus bersetuju bahawa PLKN telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

10.2 Selain daripada itu, mengikut maklumbalas daripada bekas-bekas pelatih yang telah diterima oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Perpaduan Dan Khidmat Negara jelas menunjukan bahawa PLKN telah memberikan impak yang positif kepada mereka. Malah kesan positif PLKN terhadap pelatih juga dinyatakan oleh ibu-bapa pelatih sendiri, pertubuhan / badan bukan Kerajaan dan orang awam. Maklumbalas atau impak positif PLKN yang dimaksudkan, antara lainnya adalah seperti berikut:
i. Mengelakkan remaja daripada terlibat dengan gejala-gejala sosial yang tidak sepatutnya;
ii. Memberikan banyak pengalaman, memupuk sifat bertanggungjawab dan mematangkan pelatih;
iii. Memupuk dan menyemaikan semangat cintakan negara dan menanam semangat kenegaraan berteraskan Rukun Negara; iv. Membina keyakinan diri untuk menjadikan pelatih lebih berdikari;
dan v. Menanam semangat perpaduan di kalangan pelbagai kaum.

0 comments

Post a Comment