Jurulatih Plkn

Wednesday 1 December 2010

8. JURULATIH PLKN

8.1 Jurulatih-jurulatih yang dilantik untuk mengendalikan modul-modul latihan adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Mereka yang merupakan tenaga penggerak utama PLKN terdiri daripada pesara tentera, graduan universiti, pegawai sektor awam dan lain-lain. Semua jurulatih adalah diwajibkan lulus di dalam kursus Training of Trainers (TOT) mengikut modul-modul yang telah ditetapkan.

168.2 Bagi meningkatkan kualiti jurulatih, selain daripada kursus-kursus TOT, kursus kepakaran, refresher course telah dilaksanakan dari masa ke semasa. Usaha juga dijalankan untuk melantik jurulatih sepenuh masa secara kontrak bagi mempastikan semua jurulatih yang dilantik dapat membrkan komitmen sepenuhnya kepada PLKN. Di samping itu, setiap jurulatih digalakkan supaya mengikuti latihan dalam pelbagai modul untuk menjadi lebih kompeten.

0 comments

Post a Comment