11. PENUTUP
11.1 Semangat patriotisme, perwatakan positif dan integrasi nasional di kalangan generasi muda Malaysia adalah elemen penting dan utama pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara. Melalui program yang unik ëala Malaysiaí diharapkan dapat / mampu melahirkan tamadun bangsa Malaysia yang berwawasan dan bertanggungjawab dengan semangat patriotisme yang tinggi.
11.2 Usaha ini amat bertepatan dengan aspirasi negara untuk mengimbangkan kemajuan negara dengan cara kehidupan dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di samping memupuk semangat berkorban demi membangunkan negara serta melahirkan bangsa yang bermaruah.
11.3 PLKN diharapkan dapat membantu membentuk anak bangsa Malaysia yang mempunyai wawasan yang dapat mendukung dan menyokong usaha- usaha Kerajaan merealisasikan matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju, makmur dan dinikmati bersama oleh rakyat pelbagai kaum di Malaysia secara harmonis, aman dan damai.
0 comments