5. KONSEP DAN OBJEKTIF PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

5.1 Teras Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin, bersemangat waja, berkeyakinan diri, setia kepada negara, sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan serta untuk memupuk kerjasama dan perpaduan di kalangan pelbagai kaum. Keunikan pelaksanaan program ini ialah PLKN membabitkan semua kaum dan jantina. Ia dilaksanakan berteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multi-disiplin. Ianya juga tidak bersifat kerahan tenaga (military conscripts) atau mengikut trend yang diamalkan negara lain. PLKN juga mempunyaiimej tersendiri dari segi pakaian seragam, logo dan lagu.

5.2 Selaras dengan konsep PLKN, PLKN telah disusun sebegitu rupa untuk mencapai objektif berikut:
i. Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan pelatih; ii. Meningkatkan semangat kesukarelaan;
7iii. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional di kalangan pelatih; dan
iv. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni di kalangan pelatih.

0 comments

Post a Comment