7.KURIKULUM PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)

7.1 hasil pilot project yang diadakan ke atas 150 pelatih sukarela pada 1-28 September 2003. Sebanyak empat (4) modul teras telah dibentuk yang mempunyai kaitan rapat antara satu sama lain yang merupakan tunggak utama untuk mencapai objekrtif PLKN.
Kurikulum PLKN telah digubal oleh sebuah Jawatankuasa Kecil Kurikulum

Modul Fizikal
7.2 Objektif-objektif Modul Fizikal adalah untuk membina disiplin dalaman melalui unsur regimentasi ala tentera untuk membangun karakter unggul; meningkat motivasi diri untuk menambah keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri; memupuk semangat kerjasama dan kekitaan di kalangan peserta berbilang bangsa, budaya dan agama sebagai langkah ke arah integrasi nasional; dan meningkatkan kefahaman dari segi peranan mereka dalam konteks keselamatan dan pembangunan negara.

7.3 Aktiviti ñ aktiviti yang dijalankan di bawah modul ini termasuklah kawad- untuk meningkatkan disiplin diri, bekerja dalam satu pasukan dan menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal; aktiviti litar tali tinggi dan rendah untuk membentuk disiplin diri, meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri serta motivasi diri, kerja berpasukan dan lain-lain; sukan Kreativiti untuk teknik- teknik penyelesaian masalah, kerja berpasukan, pembelajaran melalui kaedah penyelesaian masalah (problem-based learning); kraf hutan untuk teknik ikhtiar hidup, menganalisis sesuatu perkara, kerja berpasukan, membuat perancangan, melaksana dan memantau; tempur tanpa senjata untuk mempertahankan diri, membentuk disiplin diri dan ketahanan diri; latihan pertolongan cemas untuk mempelajari ilmu dan kemahiran merawat; aktiviti air untuk membentuk disiplin diri, membina keyakinan diri, kerja berpasukan dan juga memecah fobia pada air (bagi sesetengah pelatih); dan kembara halangan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal, kerja berpasukan, menyusun strategi, membina disiplin dan keyakinan diri.
Modul Kenegaraan

7.4 Objektif-objektif Modul Kenegaraan adalah untuk memahami tentang konsep Negara dan kenegaraan (nation-building), untuk meningkatkan
10
semangat patriotisme di kalangan generasi muda (konsep negara termasuklah Tanah Air, Rakyat, Kerajaan dan Kedaulatan); dan memahami cabaran-cabaran dari dalam dan luar negara Malaysia.

7.5 Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) seperti perbincangan dalam kumpulan, lawatan, simulasi, lakonan, dinamik kumpulan, menonton gambar, melukis, berdebat, mentafsir peristiwa dan lain- lain. LDK digunakan untuk memahami konsep NEGARA dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara seperti berikut;
i. Konsep Negara - Tanah Air adalah untuk menimbulkan perasaan bangga dan sayang kepada tanah air hingga sanggup mempertahankannya.
ii. Konsep Negara - Rakyat adalah untuk mencapai perpaduan, membina perasaan kasih dan sayang sesama etnik dan antara etnik, menganalisis fakta tentang etnik, membincangkan perbezaan dan persamaan, mengkaji cara-cara untuk mengharmonikan keadaan, ciri-ciri rakyat yang berkesan, cara rakyat menyumbang kepada negara, perubahan dunia dan kesan kepada rakyat
iii. Konsep Negara - Kerajaan adalah untuk memahami bagaimana kerajaan terpilih, prosesnya, jenteranya, bagaimana kerajaan mentadbir negara (tanah air, rakyat, kedaulatan) ini, sistem pentadbiran, undang- undang, perlembagaan dan lain-lain.
iv. Konsep Negara - Kedaulatan adalah untuk memahami maksud kedaulatan, kepentingan Malaysia sebagai negara bebas untuk menentukan arahnya sendiri dan bukannya dijajah negara lain.
v. Membincangkan cara-cara menangani cabaran, mengubah ancaman kepada peluang
11
Modul Pembinaan Karakter

7.6 Objektif-objektif Modul Pembinaan Karakter adalah untuk membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Terdapat dua sub-komponen iaitu:
(i) Sub-komponen pertama ialah pembinaan diri di mana pelatih melalui proses penerokaan diri sendiri, menyedari dan mengenal pasti ciri-ciri diri (seperti aspek kepimpinan), meneguhkan kekuatan dan memulihkan kelemahan diri; dan
(ii) Sub-komponen kedua ialah kemahiran pelatih dengan orang lain dalam kehidupan mereka; mengetahui cara berkesan untuk bekerja sebagai ahli pasukan, cara bertindak sebagai pemimpin dan mengatasi masalah di dalam kumpulan.

7.7 perbincangan dan lain-lain.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah permainan, latihan, simulasi,
Modul Khidmat Komuniti

7.8 Objektif-objektif Modul Khidmat Komuniti adalah untuk menyemarakkan semangat kesukarelaan. Di bawah modul ini, pelatih diberi peluang untuk menjalankan kerja sukarela di kawasan kejiranan, dalam kerja perkhidmatan sosial, alam sekitar, kemudahan awam dan penempatan di agensi kerajaan. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada lokasi-lokasi kerja kesukarelaan yang berhampiran dengan kem latihan.
7.9 Aktiviti sukarela yang dijalankan termasuklah mengkaji keadaan di lokasi- lokasi tersebut, mengenalpasti masalah yang ada, memberi cadangan, membuat

kerja pembaikan, pembersihan, keceriaan, pengindahan dan lain-lain. Pelatih dijangka dapat mengaplikasikan ilmu, kemahiran yang diperolehi semasa PLKN di dalam aktiviti khidmat komuniti.

7.10 Bagi tema kejiranan, pelatih memberikan perkhidmatan sukarela untuk keluarga atau penduduk di kawasan perumahan, kampung, kampung baru, ladang, rumah panjang, rumah pangsa, kampung Orang Asli, FELDA dan lain- lain.
7.11 Untuk tema perkhidmatan sosial pula, pelatih memberikan khidmat sukarela pada organisasi, institusi, pertubuhan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan dari segi kesihatan, pendidikan, kebajikan, perumahan dan lain-lain
7.12 Bagi alam sekitar khidmat sukarela meliputi kerja membantu memelihara alam sekitar, hutan, pantai, sungai, kawasan perindustrian, pertanian, penternakan, dan sebagainya.
7.13 Bagi kemudahan awam pula, pelatih memberikan khidmat sukarela di taman permainan, taman rekreasi, dewan orang ramai, perpustakaan, pasar, stesen pengangkutan awam (bas, keretapi), lif, tandas awam, pondok telefon, dan lain-lain.
7.14 Semasa Penempatan di agensi kerajaan pelatih memberikan khidmat sukarela untuk Polis, Bomba, Penjara, Angkatan Tentera Malaysia selain daripada mendapat pendedahan tentang peranan agensi dalam pembangunan dan pertahanan negara.
7.15 Di samping modul-modul teras, komponen-komponen baru juga dimasukkan bagi menyokong keberkesanan modul-modul teras. Antaranya ialah:
13
Komponen Kerohanian
7.16 Komponen kerohanian adalah bertujuan untuk membantu pelatih supaya memahami prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan; memahami perkaitan agama dengan objektif PLKN; mempelajari fitrah kejadian manusia dalam aqidah dan tauhid bagi pelatih yang berugama islam. Manakala pelatih bukan Islam mempelajari tentang agama masing-masing; memahami dan mengaplikasi akhlak Islamiah (termasuklah cara beradab, melaksanakan fardhu kifayah, mengaplikasikan kecintaan kepada harta benda awam dan negara) bagi pelatih islam; dan mempelajari cara mengaplikasikan pengetahuan agama dalam kehidupan harian bagi pelatih bukan islam.

Komponen Kebudayaan
7.17 Komponen kebudayaan ini bertujuan untuk pelatih menyampaikan mesej kecintaan dan memanifestasikan perasaan terhadap pemimpin, bangsa dan tanah air; mengaplikasikan nilai-nilai murni semasa bekerja sebagai satu pasukan; menghasilkan kerja yang kreatif dan berfikiran kritis; dan memahami kepentingan pemikiran kritis dan daya kreativiti untuk menempuhi cabaran dalam kehidupan.

Program Integrasi
7.18 Objektif program ini adalah untuk membolehkan pelatih memahami pelbagai budaya kaum-kaum seperti Melayu Cina, Baba dan Nyonya, India, Portugis, Kadazan, Iban; memahami pelbagai agama seperti agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh; dan memahami peranan, persamaan dan perbezaan antara kaum lelaki dan perempuan.

14
Program Sistem Nilai
7.19 Objektif program ini adalah untuk membolehkan pelatih memahami konsep nilai, sistem nilai, kegunaan dan kelebihannya; mengenali nilai diri, membentuk nilai dan maruah diri serta menghormati nilai orang lain; melihat nilai dalam perlakuan harian mereka; membentuk nilai pasukan, nilai bersama (shared values); menghargai nilai; dan mengaplikasikan nilai berkesan / positif.

Program Titian Integrasi
7.20 Objektif program adalah untuk pelatih dari semenanjung yang ditempatkan di kem-kem di Sabah dan Sarawak dan sebaliknya akan disediakan keluarga angkat bagi mengurangkan perasaan rindu (home-sick), kebosanan dan tekanan sepanjang pelaksanaan PLKN. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) di mana keluarga angkat diperolehi dari kawasan Rukun Tetangga yang tinggal berdekatan dengan kem-kem untuk melawat pelatih yang menjadi ëanak angkatí pada hari- hari melawat yang dibenarkan, iaitu dua kali setiap bulan. Keluarga
Angkat tidak dibenarkan membawa pelatih balik ke rumah.

Latihan Pendedahan Pengendalian Senjata Colt M 16
7.21 Latihan ini adalah bertujuan untuk pelatih mendapat pengalaman menggunakan senjata bagi memantapkan lagi semangat patriotisme; memantapkan / meningkatkan disiplin / keyakinan diri; melatih menguruskan diri secara sistematik dan teratur; dan melatih bekerja sebagai satu pasukan.
7.22 Berdasarkan kejayaan satu Projek Perintis Program Pengenalan Pengendalian Senjata yang telah dilaksanakan di enam buah kem yang terpilih seluruh negara pada Ogos 2005 hingga 14 September 2005 yang lalu, mulai
15
Kumpulan 3 Siri 3/2006, semua pelatih di kesemua kem seluruh negara akan mengambil bahagian di dalam Latihan Pendedahan Pengendalian Senjata Colt M 16.
7.23 Memandangkan latihan ini adalah berisiko tinggi, aspek keselamatan sentiasa diutamakan. Di bawah program latihan ini, pelatih diajar diberikan pengajaran secara teori tentang rupa bentuk dan kelakuan senjata serta langkah-langkah keselamatan semasa di kem; pelatih juga diberikan latihan amali yang meliputi tatacara memegang senjata dengan teknik yang betul, mengisi dan mengeluarkan peluru, posisi semasa menembak, menenang (focusing) sasaran, memahami arahan bersedia untuk menembak dan menentukan kunci keselamatan; setiap pelatih akan dibenarkan menembak dengan menggunakan peluru kosong (blank); mengamalkan teknik untuk tindakan serta-merta apabila menembak dan prosidur keselamatan selepas menembak.
7.24 Pelatih dibenarkan untuk menembak di lapangsasar hanya selepas mendapat pengajaran dari segi teori, latihan amali dan latihan ulangkaji. Ini adalah untuk memastikan pelatih benar-benar faham dan juga untuk membolehkan jurulatih mengenal-pasti pelatih yang memerlukan prosedur khas seperti mereka yang kidal, yang rabun, terlalu gementar dan lain-lain.

0 comments

Post a Comment