Pendahuluan

Wednesday 1 December 2010

PEMBENTUKAN GENERASI BARU MENERUSI PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA


KETUA PENGARAH JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA

PENDAHULUAN

1.1 Malaysia mempunyai wawasan untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Ke arah mencapai hasrat Wawasan 2020, Malaysia perlu membangunkan bukan sahaja prasarana tetapi juga pembangunan modal insan. Ini bermakna secanggih mana infrastruktur dibangunkan tetapi jika sekira rakyatnya tidak dapat menggunakannya, maka pembangunan dalam erti kata sebenarnya tidak akan dapat dicapai apatah lagi untuk menjadi sebuah negara maju.

1.2 Dalam konteks inilah pembangunan modal insan telah diberikan penekanan dalam rancangan-rancangan jangka panjang Malaysia. Pembangunan tenaga manusia telah terbukti dapat memberikan sumbangan bermakna ke arah menjadi sebuah negara yang maju. Negara-negara seperti Singapura, Jepun dan Korea Selatan umpamanya yang tidak mempunyai sumber semulajadi telah membuktikan bahawa sumber manusia merupakan elemen utama untuk menjadikan negara berkenaan sebuah negara yang maju setanding dengan negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat.

1.3 Malaysia merancang pembentukan generasi baru, generasi wawasan yang maju secara total menjelang tahun 2020. Generasi baru Malaysia bercirikan Bangsa Malaysia yang bersatu-padu, maju dari segi kerohanian, mental, emosi, sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan lain-lain.

1.4 Program Khidmat Negara (National Service) diwujudkan adalah sebagai salah satu program yang penting di dalam usaha Kerajaan untuk membentuk generasi baru, generasi Wawasan 2020. Pelaksanaan program ini berasaskan konsep dan falsafah yang diolah sebegitu rupa mengikut keperluan negara yang unik dan berbilang keturunan, bangsa dan ugama. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai usaha bagi membantu mempercepatkan proses pembentukan generasi baru Malaysia.

0 comments

Post a Comment