Pembentukan Generasi Wawasan 2020

Wednesday 1 December 2010

PEMBENTUKAN GENERASI WAWASAN 2020

1.Generasi baru Malaysia adalah generasi negara maju, yang maju dalam pelbagai aspek, kerohanian dan nilai sosial; mengamalkan keadilan sosial; mempunyai perpaduan nasional dan sosial; menjadi bangsa bermaruah dan penuh keyakinan; mempunyai hidup yang bermutu; mempunyai sistem Kerajaan yang mantap; dan mewujudkan kestabilan ekonomi serta politik.

2.2 Inilah matlamat Wawasan 2020, wawasan tentang generasi Malaysia akan datang yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991 dalam ucapan beliau ëMalaysia: The Way Forwardí sempena persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur. Di antara perkara penting yang diutarakan ialah untuk menentukan halatuju Malaysia iaitu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya di dalam pelbagai bidang termasuklah kerohanian, psikologi, kebudayaan, sosial, politik dan juga ekonomi menjelang tahun 2020 mengikut acuan sendiri.

2.3 Sebanyak sembilan (9) cabaran telah dikenalpasti untuk untuk mencapai Wawasan 2020 yang memerlukan komitmen seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan ugama. Antara cabaran-cabaran yang dimaksudkan ialah mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu; mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri, kekuatan menghadapi pelbagai masaalah serta bermoral dan beretika; mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, rakyat
2pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan agama masing- masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan pada satu negara; mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif; mewujudkan masyarakat penyayang; dan memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan mwujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik dan kental.

2.4 Di dalam menghadapi cabaran-cabaran yang dinyatakan di atas, Kerajaan telah mengatur langkah dan strategi untuk mempastikan Wawasan Negara dapat dicapai. Ini dapat dilihat melalui dasar-dasar yang diperkenalkan seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan Negara dan sebagainya.

0 comments

Post a Comment